Ketahui Rahsia Bagaimana Menjadi Seorang Usahawan Cendawan Yang Berjaya Dari Rumah!
Mudah dipelajari, Kos rendah, Permintaan tinggi, & Mudah dilakukan oleh sesiapa sahaja!
Salam sejahtera para pembaca sekalian...
Mahukah anda ketahui rahsia bagaimana menjadi seorang usahawan cendawan yang berjaya? Adakah anda memiliki sedikit ruang yang cukup untuk membina kandang ayam atau batas sayur di belakang rumah?
Tahukah anda bahawa ruang kecil di belakang rumah anda ini cukup berharga kerana mampu menjana pendapatan sampingan sebanyak RM1000 ke atas sebulan jika diusahakan dengan berkesan!
Kemungkinan anda sudah biasa membeli sepeket cendawan di pasaraya Giant atau Jusco dengan harga RM4.00 ke RM5.00.
Dalam satu paket cendawan tiram tersebut cuma terdapat lebih kurang 10 ke 15 helai cendawan sahaja dan beratnya cuma dalam lingkungan 400g sahaja!
Kalau anda ingin tahu harga sekilogram bagi cendawan tiram ialah RM10. Dan harga bagi sebongkah (tempat cendawan tiram ditanam) ialah dalam purata RM1.40 sehari.
Bayangkan jika anda memiliki 100 bongkah maka pendapatan sehari anda ialah RM140. Oleh sebab permintaan terhadap cendawan ini kurang di pasaran maka harga sekilogram bagi cendawan tiram boleh mencecah RM15.
Tidakkah anda mahu mempelajari bagaimana mengusahakan cendawan tiram sendiri dari rumah?
Mengapa Harus Memilih Menjadi Usahawan Cendawan?
KOS RENDAH - Anda boleh memulakan perniagaan cendawan dengan kos yang rendah. |
KEUNTUNGAN TINGGI - Harga sekilogram cendawan tiram ialah RM10-RM15. Dalam sebulan anda dapat menjana RM2000 jika ada 50 bongkah. |
PERMINTAAN TINGGI - Anda bakal dapat menjual cendawan dengan mudah kerana permintaannya tinggi. Tempat di mana anda boleh jual dinyatakan dalam panduan. |
RISIKO RENDAH - Mengusahakan penanaman cendawan tidak berisiko tinggi kerana ia mudah dijaga dan tidak mudah dijangkiti perosak. Cendawan tumbuh dengan segar setiap hari. |
Jika anda seorang PENGANGGUR, mengapa harus berdiam diri dan membuang masa di rumah? Bukankah baik jika anda melakukan sesuatu perniagaan?
Kerajaan sendiri menggalakkan semua orang menceburi bidang keusahawanan pertanian. Jadi inilah masanya, bina kerjaya dengan pertanian.
Anda mengatur masa sendiri tanpa ada bos mengarah-arahkan anda melakukan kerja.
Anda berminat dan bersedia untuk menjadi usahawan cendawan?
Inilah yang anda perlukan sekarang...